Sejarah Pengasas Perubatan Homeopathy
Dr.Samuel Hahnemann ( 1755 – 1843 )
Nama penuh pengasas perubatan Homeopathy ialah Cristian
Hedrich Samuel Hahnemann, diperanakkan di Missen Saxony, Germany pada 10 April, 1755
dan meninggal di Paris pada 2 Julai 1843. Hahnemann mempunyai peribadi yang luar biasa, tinggi pengetahuan dan luas pengalamannya.
Masa berumur 22 tahun ia telah mahir dalam bahasa Greek, Latin, Inggeris, Hebrew, Seriani, Arab, Danish dan German, iaitu
bahasa ibundanya.
Khabarnya bila ia hendak mengetahui
satu-satu bahasa itu ia terus sahaja mempelajarinya dengan teratur dan bersungguh-sungguh, lalu ia mendapatinya. Ia adalah
seorang doktor yang mahsyur pada zamannya, serta pula lurus dan jujur hingga ada orang yang berubat dengannya diberinya nasihat-nasihat
sahaja tanpa dikenakan bayaran. Kerana tinggi ilmunya di dalam perubatan pada zaman itu, serta pula kejujuran hatinya, maka
ia mendapati bahawa ubat-ubat yang dipakai pada zaman itu tidak sesuai dan kadang-kadang sangat mengecewakan perasaannya yang
dipandangnya bukan untuk menyembuh, malahan ubat-ubat itu mungkin menambahkan penyakit dan bahaya pula. Ia akhirnya berhenti
sendiri daripada menjadi doktor perubatan.
Beliau bersedia menerima sebarang yang
berupa kesarjanaan atau keilmuan sains asal saja dapat dibuktikan kebenaran. Cita-citanya kepada kesarjanaan perubatan sangat
kuat, tetapi cintanya kepada kebenaran adalah melebihi. Ia adalah seorang yang dipandang tinggi oleh rakan-rakan ahli perubatannya
yang mengenalinya sebagai seorang doktor yang mahir. Dalam sesetengah siaran yang dibuat oleh rakannya mengatakan bahawa Hahnemann
berhenti menjadi ahli perubatan kerana telah jemu dan bosan dengan aturan dan cara-cara perubatan zaman itu. Ia meninggalkan
kerja perubatannya itu kerana hendak mencari suatu cara perubatan yang lebih
sesuai dan baik. Oleh kerana sikapnya yang demikian itulah, maka ia telah menderita kesusahan rumahtangga.
Ia telah berjaya membuat penyiasatan
dalam ilmu kimia (Chemistry) dan terjemahannya banyak berkenaan ilmu kesarjanaan.
Dari hasil menterjemah buku-buku daripada bahasa Perancis, Inggeris dan Itali itulah menjadi mata pencariannya. Dalam pada
itu tidaklah putus-putusnya ia melangsungkan penyiasatannya dalam bidang kimia itu. Pada tahun 1790, masa ia menterjemahkan
kitab Materia Medica Cullen dalam volume kedua, kira-kira 20 muka, satu majalah berkenaan dengan kulit peruvian iaitu kulit
yang didapati di dalamnya terdapat ubat kuinin (Quinin) yang di bawa dari negara Peru, America Latin, disinilah
fikiran dan perhatiannya dapat menangkap perihal undang-undang seraksi atau similimum itu. Ia terperanjat besar dapat menyaksikan
bagaimana serupa dan seraksinya di antara semboyan yang dibuat oleh kuinin dengan demam kura (malaria) dan dapat menyembuhkannya.
Terserempak dengan hal ini dirasakan
betul-betul diberi satu ilham bahawa undang-undang seraksi itu sama dengan undang-undang alam yang tetap dan dapat dipakai
seperti undang-undang tabi’i lain juga. Lalu ia pun mula mencuba bagi menyiasat kerja-kerja dan khasiat-khsiat sesuatu
ubat itu (proving) kepada dirinya dahulu, kemudian kepada rakan-rakannya dan pengikut-pengikutnya yang sasa dan sihat. Ia
merekod dan mengumpulkan semua semboyan-semboyan yang betul didapati daripada cubaan-cubaan itu. Kemudian dicubakannya pula
kepada orang-orang yang betul-betul sakit dengan memilihkan penawar yang serupa atau seraksi dengan semboyan pesakit tadi.
Setelah enam tahun lamanya Hahnemann
meneruskan penyiasatannya sehingga ia yakin betul dengan kejayaannya, barulah diistiharkan pendapatnya itu kepada umum. Sebenarnya
bukanlah selama ini ia mencuba-cuba lagi, tetapi ia telah memberikan penawar yang betul berdasarkan kepada kebenaran dan penyiasatan
yang benar-benar saintifik.
Pengistiharan yang dibuatnya pada tahun
1796 itu di dalam sebuah jurnal perubatan yang terkenal semasanya, iaitu Hufeland’s Journal, telah mengkocakkan suasana
alam perubatan ketika itu yang membawa sahabat-sahabat setia dan juga musuh-musuh. Dalam tahun 1805 beliau mencetak buku Materia
Medica Homeopathy yang pertama di dalam bahasa Latin yang mengandungi 27 cubaan(provings) penawar Homeopathy, dan sekitar
tahun 1810 beliau mengeluarkan buku agungnya ‘Organon’ yang mengandungi ayat demi ayat yang lengkap tentang teori.
Homeopathy dan pendedahan tentang keburukkan
cara perubatan yang berleluasa di zamannya. Segala pencapaiannya itu telah membawanya kepada terlantiknya beliau sebagai ketua
pengajian Homeopathy di Universiti Leipzic dari tahun 1812 hingga 1821. Tetapi musuh-musuhnya tidak berhenti berusaha sehingga
ia terkeluar dari Leipzic pada tahun 1821 ke sebuah pekan yang sederhana bernama Kothen. Rupa-rupanya tuah menunggunya di
sana kerana selama 14 tahun yang berikut beliau telah menunjukkan keahlian sehingga mendapat pengakuan rakyat dan raja. Beliau
dijadikan doktor diraja di samping mermbuat praktis umum untuk masyarakat. Kemudian pada tahun 1828 beliau mencetak bukunya
yang terkenal bernama Chronic Miasm.
Kehidupan Hahnemann selepas itu adalah
biasa sahaja. Beliau meninggal dunia pada 2 Julai 1843 dalam usia 88 tahun. Beliau adalah seorang monotheist (percaya pada
satu tuhan sahaja). Hahnemann telah meninggal tetapi usahanya masih hidup memberikan khidmatnya kepada kemanusiaan. Kini Homeopathy
telah wujud di Germany, Perancis, Australia, Rusia, Itali, England, Amerika, Brazil, India, Pakistan, Sri Lanka, Malaysia
dan lain-lain bahagian dunia yang tidak kita ketahui.
Hanya
kira-kira tiga bulan sebelum beliau menyambut hari jadinya yang ke 80, Dr. Hahnemann telah dipilih sebagai “Honorary Member
of the North American Academy of Homoeopathy” berpusat di Allentown,
Pennsylvania. Ia merupakan kolej Homoeopathy
yang pertama didirikan di Amerika Syarikat
oleh Dr. Constantine Hering, iaitu salah seorang daripada sahabatnya yang sama-sama berjuang menegakkan sistem perubatan
Homeopathy.
Kejayaan
rawatan beliau yang ditambah dengan
dorongan dan promosi daripada
isterinya sendiri menyebabkan amalan
Homeopathy nya terkenal sekali sampai ke England,
Peranchis, Eropah dan ke seluruh dunia. Sementara penentangan daripada kalangan doktor allopati menurun dengan mendadak pada awal 1840an. Beliau meninggal dunia pada 2 Julai 1843 dalam usia 88 tahun. Beliau adalah seorang monotheist (percaya
pada satu tuhan sahaja). Hahnemann telah meninggal tetapi usahanya masih hidup memberikan khidmatnya kepada kemanusiaan. Beliau
pergi setelah bergelut dengan pelbagai tragedi dalam memperjuangkan perubahan dan mengembangkan sistem perubatan homeopathy.
Kini Homeopathy telah wujud di Germany,
Perancis, Australia, Rusia, Itali, England, Amerika, Brazil, India, Pakistan, Sri Lanka, Malaysia dan lain-lain bahagian dunia
yang tidak kita ketahui.